welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 24 August 2011

EMPAT DALAM SATU

Pada 24 Ogos 2011 telah berlangsung satu majlis yang dianjurkan bersama Kelab Guru dan Kakitangan SKPB dan PIBG SK Parit Baharu yang mengandungi program Bacaan Yasin,Tahlil Perdana,Solat Hajat dan Solat Sunat Tarawih.Majlis bacaan yasin,tahlil dan solat hajat diketuai oleh Imam Masjid Maarufiah Parit Baharu : Ustaz Haji Badron.Manakala solat sunat tarawih pula di ketuai Ustaz Md Shuhor Marjono@ Abu Bakar.
Dah jam 6.30 petang...mana lagi jemaahnya..



Jemaah mulai ramai...

Membuka penutup botol minuman sebelum majlis bacaan Yasin...

Rehat sebentar sebelum solat Isya dan solat Tarawih.

Tuesday 23 August 2011

UJIAN BULANAN OGOS BERMULA

Semua murid kecuali tahun 6 mula menjalani ujian bulanan kedua bagi tahun ini.Ujian ini bermula 23  hingga  26 Ogos 2011. Semua mata pelajaran terlibat dengan ujian ini dan markah akan dikemaskini dalam SAPS sebagaimana yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran.

Murid Kelas 5 Bestari tekun menjawab soalan


Markah akan dikemaskini sebelum 2 September 2011.Bersabarlah cikgu-cikgu dan mudah-mudahan kerja beres dan tidak mengganggu kemeriahan berhari raya.


PELANCARAN LAMAN BLOG MAKMAL ICT SK PARIT BAHARU

Satu majlis ringkas sempena Pelancaran Laman Blog Makmal ICT telah diadakan ketika Perhimpunan Pagi Isnin 22 Ogos 2011.Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar: Encik Baharuddin bin Ibrahim.Laman blog ini bertujuan memberi altenatif baru kepada warga SK Parit Baharu dan masyarakat setempat mengetahui perkembangan sekolah terutama aktiviti Makmal ICT yang kian rancak.Buat permulaan blog ini memaparkan aktiviti semasa dan  hebahan peristiwa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya.




Tuan Guru Besar: Encik Baharuddin bin Ibrahim menandatangani dokumen pelancaran


Dokumen yang telah ditandatangani akan dipamerkan di makmal ict untuk tatapan umum.


Tuan Haji Mohammad Shafii Bakri mengedarkan brosur makmal ict kepada semua guru yang hadir di perhimpunan pagi Isnin tersebut. Beliau berharap semua guru,murid dan warga SK Parit Baharu melayari laman blog ini dan memberikan sumbangan idea dan maklumat untuk disebarkan.Layarilah: http://www.labictskpb.blogspot.com/


Saturday 6 August 2011

Kita menang lagi...Karnival Pendidikan Sabak Bernam (30 Jun -3 Julai 2011)

Penyertaan sekolah kali ini tidak menghampakan lagi. Kumpulan ICT SK Parit Baharu menyandang kejuaraan Mini Cyber Fusion yang diwakili oleh Mohd Adib Afiq b. Abidin, Mohammad Rushdan Amir,Ulwan Naim bin Ahmadi dan Zulhilmi Mohd Tohar. Di peringkat akhir pasukan sekolah telah mengalahkan pasukan SK Seri Makmur.

Bagi pertandingan Pesembahan Multimedia sekolah mendapat Naib Juara yang diwakili oleh Nurul Wafa Mohd Sofiyuddin,Zahratul Hannan,Nawal dan Siti Aisyah Ahmad Darzi.

Mohd Nabil Najmi bin Ahmad pula memenangi acara Kuiz Kenegaraan


Aksi pasukan sekolah ketika Finalis Mini Cyber Fusion

Puan Norlina Mohd Ali menerima sijil bagi pihak pemenang
Tahniah dan syabas.Semoga di tahun hadapan pencapaian akan bertambah baik dan cemerlang.

Friday 5 August 2011

Keselamatan

Setiap satu jam sekali,pengawal keselamatan akan singgah ke Makmal ICT sebagai memenuhi tanggungjawab semasa bertugas. Pengawal yang bertugas akan mengenakan kunci pada jam kawalan sebagai tanda telah mengawasi kawasan di bawah jagaannya.Ini bermakna jam mereka terpaksa dikunci sejam sekali ke semua destinasi kawasan sekolah di bawah jagaannya.Bolehkah anda melakukan tugas ini?
Encik Kamil sedang mengunci jam kawalan  ketika bertugas.

Ihya Ramadhan1432 Hijriah

Majlis Tadarus Al Quran berlangsung mulai 2 hingga 16 Ogos ini. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari murid-murid Tahun Lima Bestari dan Tahun Empat Bestari.Makmal ICT menjadi salah satu lokasi majlis ini dan para pembimbing terdiri dari Ustaz Mohd Taufiq bin Amir,Tuan Haji Mohammad Shafii bin Bakri,Ustaz Md Shuhor bin Abu Bakar,Encik Fezli bin Abu Bakar,Ustaz Rohzali bin Paduli,Encik Khaizatul Hisyam,Encik Mohamad Saari bin Mohamad Saad ,Encik Muhammad Zailani bin Somingan,Encik Ahmad bin Senin,Puan Norsabariah binti Masduki,Puan Norlina Mohd Ali,Puan Hajah Norizan binti Tahir,Puan Zurina binti Mohd Shamsuddin,Puan Hajah Hasnah binti Mashud,Puan Norhayati binti Samausi dan Puan Siti Zubaidah binti Muhamad.

Majlis bermula pada sesi rehat antara jam 10.35 hingga 11.00 pagi setiap hari.



Menyemak bacaan rakan

Majlis Khatamul Quran pula  berlangsung pada 19 Ogos 2011 diikuti dengan penyampaian sumbangan anak-anak yatim warga SK Parit Baharu.

Kutipan derma dijalankan dari kelas ke kelas untuk disumbangkan
kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadhan ini.

Bunga telur antara barangan sumbangan warga SK Parit Baharu memeriahkan lagi suasana Majlis Khatamul Quran dan sumbangan derma anak-anak yatim tahun ini.

                           
Ustaz Md Shuhor Marjono mengetuai majlis Khatamul Quran

Majlis Khatamul Quran


Penyampaian cenderamata kepada peserta Khatamul Quran

Penyampaian sumbangan derma anak yatim

Anak-anak yatim perempuan

Anak-anak yatim lelaki

 


Wednesday 3 August 2011

JASA MU DIKENANG

Majlis Persaraan buat Tuan Haji Muhamad Mahfol bin Haji Tahir telah berlangsung dengan meriahnya pada 30 Jun 2011.Sambutan bermula seawal 9.30 pagi.Beliau hadir bersama isteri dan dua orang anak tersayang.Kelihatan ceria di wajah beliau dengan berpakaian hijau muda sedondon dengan keluarganya.

Tuan Haji Muhamad Mahfol menaiki kereta yang berhias indah.
Ketibaan Tuan Haji Muhamad Mahfol dan isteri.
Ketibaan disambut dengan paluan kompang
Setibanya di dewan.
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Taufiq Amir
Ucapan Guru Besar: Encik Baharuddin bin Ibrahim
Ucapan Wakil PPD: Tuan Haji Ismail bin Sajat
Persembahan Nasyid Pimpinan Encik Ab Khalek Abbas
Persembahan dari guru-guru dan kakitangan sekolah.
Latihan persembahan guru dan kakitangan ini dirancang pada saat-saat akhir, kurang daripada
 tiga hari.Hasilnya cukup baik dan kedengaran sungguh sayu dan sedih.

Duduk di pelamin bak Raja Sehari
Persembahan Multimedia hasil kreativiti Encik Muhammad Zailani b. Somingan
 dari Unit ICT SK Parit Baharu
Ucapan Tuan Haji Muhamad Mahfol mengimbau kenangan lalu sebagai seorang guru.

Menandatangani Buku Kehadiran terakhir
   
Hadiah dari PPD dan Pentadbiran

Hadiah dari Kelab Guru/kakitangan dan PIBG
Kek Hari Lahir dan Persaraan
Hadiah daripada JK Makmal ICT dan PSS
Gubahan istimewa dari Unit ICT



Kesemua gubahan makan pengantin tersebut disiapkan dalam masa
tiga jam mulai 8.00 hingga 11.00 pagi.

Masa untuk menjamu selera.
Memotong kek hari lahir.
Keberangkatan pulang diiringi Tuan Haji Mohammad Shafii Bakri


Lambaian seorang pesara......ke mana selepas ini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...