welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Saturday 31 March 2012

GOTONG ROYONG ANTI DENGGI DAN KECERIAAN 2012

 Seawal jam 8.00 pagi murid-murid dan guru telah hadir ke sekolah pada 31 Mac 2012 untuk menyertai gotong royong yang merupakan aktiviti tahunan sekolah ini.Gotong royong ini melibatkan PIBG dan pasukan Rukuntetangga Kampung Parit Baharu.Antara aktiviti yang dijalankan adalah memotong dahan,menebang pokok di pinggir pagar hadapan sekolah, mengikat bata untuk pembinaan stor sukan yang baru dan menceriakan kawasan sekolah.
Memotong Dahan Pokok









Mengikat Bata Untuk Binaan Stor Sukan






Mencuci longkang





Mencuci kolam ikan




























Terima kasih kepada semua yang terlibat: ibu bapa murid,guru-guru,Kelab Rukun Tetangga
Kampung Parit Baharu dan murid-murid sekalian kerana menjayakan
 gotong royong anti denggi dan keceriaan ini.

Friday 9 March 2012

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2012

Setiap tahun Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini akan mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Bagi sesi 2012 pertandingan ini bermula bulan Februari. Sebagai perangsang hadiah berupa trofi dan wang tunai disediakan. Juara setiap tahap akan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM20.00,tempat kedua wang tunai RM15.00 dan ketiga RM10.00.Walaupun hadiahnya tidak seberapa, namun semangat guru-guru dan murid-murid begitu menggalakkan.

Juara Februari : Kelas 4 Cemerlang (Tahap Dua) dan Kelas 2 Bestari (Tahap Satu)


Rock Garden 6 Cemerlang

Juara Bulan Mac: Kelas Tahun 6 Cemerlang (Tahap Dua) dan 2 Bestari (Tahap Satu)
Juara Bulan April: Kelas Tahun 2 Bestari(Tahap Satu) dan 6 Cemerlang (Tahap Dua)
Juara Bulan Julai-Ogos: 4 Bestari(Tahap 2) dan Dua Bestari (Tahap 1)

Semoga bertambah cerialah sekolah kami atas usaha guru-guru dan murid-muridnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...