welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Thursday 26 April 2012

BACAAN YAASIN MOHON KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN

Majlis membaca surah Yasin telah diadakan di Dataran Perhimpunan sekolah dengan disertai semua murid dan guru.Tujuan majlis diadakan adalah untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan semua warga sekolah,Mudah-mudahan doa kami mendapat perkenan Allah Subhana Wataala.








Bacaan Doa Diketuai Ustaz Rohzali bin Paduli
Amin Ya Allah
Hindari diri kami kecelakaan,berikanlah kami kesihatan dan kesejahteraan.Engkaulah Maha Pengampun Ya Allah.

Tuesday 24 April 2012

ENGLISH LANGUAGE PUBLIC SPEAKING COMPETITION

English Language Public Speaking Competition
Date: 24th April 2012
Hosted by SK Parit Baharu
Registration







3rd Winner
2nd Winner
1st Winner

Competition Winner
First: Teoh Chee Hao SJKC Hum Hua (80.8 marks)
Second: Muhammad Thalith bin Mashudi SK Tebok Jawa (76.8 marks)
Nur Anisah binti Shahruddin SK Seri Makmur (75.7 marks)
Congratulation.

Monday 16 April 2012

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Mulai 16 April 2012 sekolah ini telah mengadakan Program Sekolah Penyayang.Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyambut kehadiran murid yang hadir awal ke sekolah .Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan guru bertugas mingguan akan berada di pintu pagar sekolah menanti kehadiran murid antara jam 7.15 hingga 7.30 pagi setiap hari persekolahan.Program ini bagi menggalakkan murid menyukai untuk hadir ke sekolah dengan menerapkan semangat ingin belajar bersungguh-sungguh.
Antara Ibu Bapa Yang Menghantar Anak Hadir Awal
Guru Besar Menyambut Murid-murid
Budaya "Sapa dan Salam"




GPK Hal Ehwal Murid Menyambut Murid
GPK Kokurikulum Menyambut Murid
Guru Bertugas : Puan Hajah Hasnah Mashud




Guru Menyambut Guru Juga

Semoga program ini memberi manfaat kepada sekolah ini. InsyaAllah.


Wednesday 4 April 2012

PEREKA KASUT TEMPATAN TERKENAL DI PERSADA DUNIA

Sempena Shoe Festival 2012 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April di PWTC tidak ketinggalan dipamerkan kasut rekaan Datuk Dr. Jimmy Choo. Beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya menghasilkan kasut-kasut bertaraf antarabangsa termasuk tempahan kasut dari Lady Diana Princess of Wales..Lihatlah kehebatan rekaan beliau ini.







Datuk Dr. Jimmy Choo

Syabas dan tahniah kerana anda telah mengharumkan nama Malaysia

MENOREH GETAH DI KAWASAN SEKOLAH

Mungkih aneh tetapi benar.Terdapat sepohon getah di kawasan sekolah kami yang kini menjangkau usia lebih sepuluh tahun.Species getah atau nama saintifiknya heavea brazilliansis telah menjadi penyeri taman kami.Kini ianya sudah boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Pokok getah ini hasil tanaman Tuan Haji Sulaiman bin Sukar yang berasal dari Jeram iaitu suatu kawasan yang sinonim dengan penanaman getah.Kini dalam pelajaran Kajian Tempatan kami sudah boleh melakukan pembelajaran realiti di kawasan sekolah sendiri.

Tuan Haji Sulaiman menunjukkan kaedah menoreh getah kepada murid-murid tahun 6 Cemerlang

Teacher Nor Huda menunjukkan peralatan menoreh getah .Peralatan ini sumbangan 
Encik Abdul Rahman (dari Pekan Pahang) yang diusahakan oleh Teacher Nor Huda sendiri.
Teacher Nor Huda memang mahir menoreh getah dek pengalaman semasa kecilnya membantu ibu bapanya menoreh.

Susu getah mulai menitik




Jika ada sekolah lain yang ingin melawat pokok getah kami,kami amat mengalu-alukannya kerana zon Sungai Air Tawar bukanlah kawasan yang sinonim dengan penanaman getah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...