welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Thursday 28 June 2012

SUKAN MINI 2012


Tidak seperti tahun lalu,SK Parit Baharu pada tahun ini telah mengadakan sukan mini secara sederhana tetapi tetap meriah.Majlis berlangsung pada 28 Jun 2012bermula jam 8.pagi hingga 1.00 tengah hari.Murid-murid kelihatan bersemangat untuk bersukan walaupun hanya dua acara kumpulan bagi setiap kelas.Alhamdulillah ,dengan cara ini semua murid akan mendapat hadiah dan kesemuanya dapat menyertai sebagaimana yang diharapkan dalam konsep 1 Murid 1 Sukan.

Gelagat Sebelum Sukan














Aksi Di Hari Sukan Sebenar

Kutip gula dalam tepung

Boling tin susu (Acara Guru)



Rumah Bunga Matahari

Sebelum perbarisan


Prasekolah juga mengambil bahagian
Rumah Bunga Cempaka
Lari Bawa Aiskrim Gergasi

Rumah Bunga Cempaka

Gelek Tayar Berkumpulan
Juruhebah Sukan..tetap dan berpencen

Majulah Sukan Untuk Negara

Saturday 23 June 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

Bertempat di Dewan SMK Sungai Besar, PPD Sabak Bernam telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari Khamis 21 Jun 2012.Seperti tahun sebelumnya,SK Parit Baharu tidak ketinggalan mencalonkan warganya yang berprestasi tinggi untuk menerima anugerah itu.Kali ini penerima tersebut adalah Encik Mohd Yasin bin Rustam,Tuan Haji Sulaiman bin Sukar dan Puan Hajah Hasnah binti Mashud.Tahniah dan syabas.Sebagai tanda kesyukuran mereka bertiga menjamu rakan-rakan sekerja dan kakitangan sekolah dengan menu istimewa: Jenahak masak tiga rasa dan nasi ayam.Terima kasih daun keladi. 
 Puan Hajah Hasnah bin Mashud
Tuan Haji Sulaiman bin Sukar
 Jenahak Masak Tiga Rasa

 Set Nasi Ayam

Tahun ini siapa pula calon APC yang bakal dicanangkan.

Sunday 10 June 2012

ZUHRAH MELINTASI MATAHARI

Fenomena planet Zuhrah (Venus) melintasi dapat dilihat dari bumi pada 6 Jun 2012 yang lalu antara jam 7.20 pagi hingga 12.56 tenga hari.Pengalaman yang tidak mudah dilupa adalah pengamatan ini hanya akan berlaku 105 tahun akan datang iaitu pada tahun 2017Masihi.Balai Cerap Selangor yang terletak di Sungai Lang,Sabak Bernam ini memberi kemudahan kepada orang awam untuk mencerap angkasa,bulan dan planet.Di awal pagi cuaca mendung dan kerap kali penglihatan terganggu .Pada jam 10.00 hingga 11.30 pagi cuaca cerah dan penglihatan jelas kelihatan dengan menggunakan teleskop yang disediakan.













Begitulah kebesaran Ilahi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...