welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Sunday 17 March 2013

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI MOHAMMAD SHAFII BAKRI

Satu majlis khas telah diadakan buat Tuan Haji Mohammad Shafii bin Bakri pada 15 Mac 2013 yang lalu.Beliau telah bersara mulai 12 Mac 2013 dengan memilih persaraan wajib pada usia 56 tahun.Tuan Haji Mohammad Shafii Bakri telah bertugas di sini selama 10 tahun mulai 16 Ogos 2002.
Menunggu ketibaan yang dirai





Beliau bertugas di sini dengan menjawat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari 2002 hingga 2006.Pada tahun 2007 beliau meletakkan jawatan tersebut lalu menerima tawaran jawatan Guru Cemerlang Kajian Tempatan DGA 34 hingga sekarang.Beliau berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 33 tahun 10 bulan 26 hari.

Menerima Sijil Penghargaan dari PPD Sabak Bernam
Hadir bersama isteri tercinta Puan Hajah Junaini Mohamed Jaafar
 Ucapan Tuan Haji Mohammad Shafii Bakri
Menandatangani kehadiran

Persembahan Multimedia kreativiti cikgu Muhammad Zailani Somingan.
Persembahan murid-murid
Persembahan Kelab Guru dan Kakitangan
 Memotong kek bersama isteri
Hadiah sumbangan PPD Sabak Bernam
Hadiah sumbangan PIBG SK Parit Baharu
Hadiah sumbangan Majlis Guru Cemerlang Sabak Bernam
Hadiah dari rakan sekolah
Hadiah sumbangan Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu
Dadiah sumbangan Pentadbir sekolah
Hadiah sumbangan rakan sekerja
Jamuan Makan
 Buah-buahan pencuci mulut
 Udang Kreatif


Kek Persaraaan
 Keberangkatan pulang

Semoga beliau sentiasa ceria,bahagia dan sejahtera di samping keluarga ketika dalam persaraan.
"Semekar Budi Seindah Memori"









Saturday 9 March 2013

PROJEK YANG TERBENGKALAI

 Pada bulan Jun 2012 yang lalu, makmal ini berhajat untuk meletakkan papan tanda yang besar menggunakan bahan terbuang iaitu tiangnya dari tiang rumah lama (terpakai ) yang mempunyai nilai sejarah.Tiang ini dihadiahkan oleh Puan Hajah Fatimah Zaharah binti Mohd Subari kepada sekolah pada tahun 2006 yang diambil dari tapak rumah ayahandanya.
        Projek ini telah terbengkalai lebih dari enam bulan lamanya.Pada 22 - 26 Februari yang lalu Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Selangor yang berpusat di Shah Alam Selangor telah membuat teguran mengenai fungsi dua batang tiang yang terpacak di hadapan bangunan makmal kami.Beginilah rupanya tiang tersebut.

Masih belum berlabel

Kini atas dasar yang positif kami menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Lihatlah perkembangan seterusnya.
Papan berlabel telah siap (tersandar di dinding makmal) menunggu untuk dipasang
Pada 9 Mac 2013 jam 11.30 pagi label ini mula dipasang.Ini masih diperingkat 80% siap.Papan tanda tersebut diperbuat dari kayu meranti dan tulisannya menggunakan kepingan aluminium yang dipotong menggunakan gunting.Sungguh mudah, kalau hendak seribu daya.
 Ditambah papan putih sebagai penyeri dan tiangnya dicat hitam.Hitam itu menawan.
 Disertakan alamat laman blog
 Dua pohon paku langsuyar sebagai aksesori
Kini bolehlah bergaya sakan setelah 100% siap. Alhamdulillah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...