welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Monday, 31 October 2011

PERTANDINGAN MEMANCING IKAN

Pada 31 Oktober 2011 telah diadakan Pertandingan Memancing Ikan khusus bagi murid Tahun Enam.Ini sebagai galakan kepada murid sempena mengisi masa lapang setelah menghadapi peperiksaan UPSR yang lalu.Pertandingan ini diadakan di saliran utama berhadapan bangunan sekolah.Lihatlah gelagat pemancing muda ini.
Memasang Umpan Pada Joran
Umpan Cacing Dibawa Dari Rumah

Sabar Menunggu

Tidak Ketinggalan Tuan Haji Sulaiman Pun Turut Memancing


Memancing Di Bawah Teduhan Pohon Nangka
Setelah hampir satu jam hasil tangkapannya ialah dua ekor ikan keli seberat 400 gram setiap ekor.Walaupun tidak berbaloi dengan hasil tangkapan namun pengalaman memancing memberi kesedaran kepada murid bahawa kesabaran itu mengatasi segala-galanya.




Thursday, 27 October 2011

AKTIVITI AKHIR TAHUN 2011 : JAMUAN KELAS

Tahun 2 Bestari mendahului senarai dengan mengadakan jamuan kelasnya pada 27 Oktober 2011 jam 10.30 pagi. Menu wajibnya nasi ayam di samping hidangan kuih muih dan air kelapa muda sebagai pembasah tekak.Semua guru dan kakitangan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Sederhana tetapi meriah..maklumkah kelas yang sering Johan Pertandingan Keceriaan Kelas.Lihatlah sendiri gelagat mereka di majlis tersebut.
Tuan Rumah Jamuan (Teacher Nor Huda yang tersenyum simpul)

Juadah Jamuan
Sebahagian Murid Lelaki Tahun 2 Bestari

Sebahagian Murid Perempuan

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang hadir

Larisnya Nasi Ayam

Air Kelapa Muda Yang Menyegarkan

Guru Besar Pun Turut Hadir

Selepas ini Tahun 2 Cemerlang pula akan mengadakan jamuannya pada 28 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.

Cikgu Zolkapli Mohd Ali Tuan Rumah Jamuan 2 Cemerlang
Hidangan Sayur Campur

Gulai Ikan

Kerabu Bunga Kantan

Antara Tetamu Yang Awal Hadir

Murid Perempuan 2 Cemerlang

Murid Lelaki 2 Cemerlang

Puan Hjh Norizan dan Puan Zurina


Tuan Rumah Sama-sama Makan Untuk Menghormati Tetamu

Setiap tahun Cikgu Zulkapli akan mengadakan jamuan akhir tahun ,atas inisiatif ini diucapkan berbanyak terima kasih.Tak payahlah cikgu-cikgu makan di kantin.Menyusul seterusnya jamuan kelas Tahun 4 Bestari .Guru Tahun 4 Bestari: Puan Sharida binti Ibrahim.

Tuan Rumah 4 Bestari: Puan Sharida Ibrahim

Laksa dan Bihun Goreng

Kuih-muih dan Nugget Ketam

Buah-buahan Pencuci Mulut

Air Kelapa Muda

Murid lelaki 4 Bestari

Murid Perempuan 4 Bestari



Banyak jenis hidangan disediakan oleh Puan Sharida.Kalau tak habis boleh bawa balik.
Kini menyusul pula giliran Tahun 5 Bestari mengadakan jamuannya pada 4 November 2011 jam 10.00 pagi.

Tuan Rumah; Puan Siti Salwa Omar Basiron

Pizza
Menu Laksa
Murid lelaki 5 Bestari

Nasi Ayam
Bertukar-tukar hadiah





Sebahagian guru dan kakitangan

Tahun 6 juga tidak ketinggalan mengadakan jamuan kelasnya pada 10 November 2011.
Guru kelas Tahun 6 ialah Puan  Hajah Hasnah Mashud dan Puan Hajah Norizan binti Tahir.
Pelbagai juadah menanti tetamu.Lihatlah kemeriahannya.




 




Tuesday, 25 October 2011

HIBISCUS IS BLOOMING

Setelah sebulan ditanam di Taman ICT maka mekarlah bunga raya dari jenis hibrid berwarna ungu.Bunga raya jenis ini mempunyai kelopak yang berlapis , tidak seperti bunga raya bunga kebangsaan. Ia mendapat perhatian warga sekolah yang sememangnya mencintai alam sekitar. Taman ICT ini dibawah jagaan dan pengawasan Puan Norleha Dahlan.

Sungguh Menawan Siapa Yang Melihatnya
Pandangan Sisi
Mekar Hingga Ke Petang
Satu Lagi Hibrid Bunga Raya di Taman ICT
Bunga Raya Ini Ustaz Mohd Taufiq Amir Yang Menanamnya

Selain Taman ICT terdapat juga koleksi bunga raya di Taman Herba Sains.Taman ini di bawah pengawasan dan jagaan Puan Fatmawati Sarbini.
Bunga raya di Taman Herba Sains
Bunga raya memang galak berbunga.Ia sesuai ditanam di kawasan beriklim panas seperti Malaysia.Bunga raya mudah ditanam melalui keratan batangnya.Tidak banyak kerenah dan senang penjagaannya.Taman ICT sekolah ini bercadang menghimpunkan banyak lagi hibrid bunga raya dan akan ditanam sekeliling bangunan makmal ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...