welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Profile Sekolah

Sejarah SK Parit Baharu

Sekolah Kebangsaan Parit Baharu, Sabak Bernam terletak kira-kira 32KM daripada Pekan Sungai Besar , Sabak Bernam dan telah diasaskan oleh Ketua Kampungnya sendiri iaitu Abul Hassan Bin Haji Abd Rajak. Mula dibangunkan pada Tahun 1931 dan ditambah pembinaan pada tahun 1938. Sekolah ini digunakan untuk tempat belajar dan pejabat sekolah mulai 05.03.1932. Telah didaftarkan dengan nombor 128 diatas Tanah Rezap Kerajaan seluas 5 ekar.

Peristiwa

1. Selepas perang, bangunan sekolah ini telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga Bagi Pengistiharan Penubuhan (PKM) Parti Komunis Malaya, yang diketuai oleh kaum cina.

2. Tahun 1950 sekolah ini telah terkenal dengan panggilan Sekolah Melayu Sungai Lang, Sabak Bernam. Oleh kerana selalu terjadi banyak tersalah maklumat dengan Kampung Sungai Lang dan Sekolah Sungai Lang, Kuala Langat. Jadi bagi mengelakkan dari berlakunya banyak kesilapan dengan Sekolah Melayu Sungai Lang, Sabak Bernam, maka telah diambil satu keputusan untuk menukar nama sekolah. Dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Baharu, Sungai Lang, Sabak Bernam. Penukaran nama berlaku semasa penduduk kampung ini sedang mengadakan kerja bergotong royong mencangkul dengan tangan untuk membina jalan dan parit baru untuk keperluan penduduk kampung ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...