welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Tuesday, 21 February 2012

GURU J-QAF BARU 2012

Dua orang guru jQAF baru telah tiba di sekolah ini dan memulakan tugas mulai 14 Februari 2012. Kedua-dua merupakan Guru jQAF yang sedang dalam latihan selama setahun setengah.Guru yang dimaksudkan adalah Cik Quratun Ainiyah binti Rasidi dan Cik Siti Nor Fakhariah binti Mohd Shahid. Selamat bertugas kepada kedua-duanya.
Cik Quratu Ainiyah binti Rasidi
Cik Siti Nor Fakhariah binti Mohd Shahid

Semoga dengan kehadiran mereka sekolah ini akan bertambah cemerlang
 peningkatan akademik dan sahsiah murid-muridnya.

Thursday, 16 February 2012

MAULIDUL RASUL 1433 HIJRIAH

Majlis Sambutan Maulidur Rasul amat sinonim dengan SK Parit Baharu.Saban tahun majlis ini akan dijalankan dengan meriahnya.Tidak ketinggalan tahun ini dengan usaha Panatia Agama Islam dan warga sekolah telah berjaya menyemarakkan syiar Islam dengan adanya perarakan sejauh 1 km pada 17 Februari 2012 bersamaan 24 Rabiulawal 1433 Hijriah.Perarakan bermula seawal jam 8.45 pagi.Semua guru dan murid terlibat.Tema tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Membawa Sepanduk "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

 
Membawa Sepanduk Tahun Lalu

Menyediakan Bubur Pulut Hitam

Fotografi Cikgu Zailani


Murid Prasekolah Tidak Ketinggalan

Guru-guru Dan Murid-murid


Guru-guru Pun Tumpang Seronok


Penceramah Jemputan : Ustaz Muzaiyin Dari
SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam

Duduk Bersila Dalam Dewan


Bersiap Menghidang Bubur


Nampak Cantik: Mangkuk Pun Berbaris

Mengambil Bahagian Masing-masing






Wednesday, 15 February 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Bertempat di Padang SK Sungai Tengar,telah diadakan perlawanan bola sepak antara SK Sungai Tengar dengan SK Parit Baharu pada 15 Februari 2012.Perlawanan bermula jam 4.00 petang .Di separuh masa perlawanan , SK Parit Baharu telah mendahului dengan 3 gol berbalas 1.Di separuh masa kedua pula SK Parit Baharu telah menambah 3 gol lagi.Syabas dan tahniah Team SK Parit Baharu menewaskan Team SK Sungai Tengar 6-1.
Team SK Sungai Tengar berjersey kuning
sementara Team SK Parit Baharu berjersey jingga

Team SK Parit Baharu bersama jurulatih: En.Muhammad Zailani Somingan
serta beberapa orang guru pengiring

Team SK Sungai Tengar bersama guru-guru dan jurulatihnya.
Rehat separuh masa pertama
Mohamed Abdullah (tengah)antara pemain harapan

Encik Adnan (ayah Mohamed Abdullah) bersama isteri (keturunan Guenea,Africa)
 turut hadir memberi sokongan moral

Satu permulaan yang baik sebelum ke perlawanan yang sebenar yang dijangka bermula April ini.Jika tidak salah maklumat,tuan rumah bola sepak tahun ini adalah SK Sungai Nibung.

Tuesday, 14 February 2012

WATIKAH PERLANTIKAN SKUAD SIBER 2012

Pada perhimpunan pagi Isnin 13 Februari 2012 telah diadakan satu majlis ringkas penyampaian watikah perlantikan Skuad Siber 2012. Seramai 10 orang anggota Skuad Siber menerima watikah tersebut.Secara otomatis mereka menjadi AJK Makmal ICT SK Parit Baharu bagi sesi 2012.

Pengerusi Skuad Siber Yang Baru: Muhammad Hamizul Danish bin Mohd Heddi

Naib Pengerusi: Muhammad Afiq Izzwan

Bersama Penyelaras dan Penolong Penyelaras Makmal ICT

Pihak sekolah berharap agar semua anggota Skuad Siber tahun ini akan berkhidmat dengan penuh komitmen,rajin dan berdedikasi.Pengetahuan ICT anda pasti berada di hujung jari.Syabas dan tahniah.




Saturday, 11 February 2012

HOBI PENYELARAS PKG SUNGAI AIR TAWAR

Dalam diam rupanya Penyelaras PKG Sungai Air Tawar  : Encik Mohd Fakhrul Ariffin bin Mohd Yunos mempunyai hobi yang tersendiri.Berminat dengan tanaman bonsai rupanya.Lihatlah betapa seninya hasil bonsai yang telah diusahakan beberapa tahun lalu.Kesemuanya dari species bunga kertas pelbagai hibrid.



Bongsai itu satu seni
Bongsai yang sangat menarik

Jika berkenan mempelajari seni,silalah berkunjung ke kuarters guru SK Parit Baharu di mana Encik Mohd Fakhrul Ariffin tinggal sekarang. Pasti tidak menghampakan, ilmu yang berguna patut disebarkan sebagai amal jariah.



Friday, 10 February 2012

MAJLIS PERMUAFAKAT IBU BAPA DAN GURU 2012

Unit Kurikulum SK Parit baharu telah mengadakan satu majlis permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru murid tahun enam pada 11 Februari 2012.Ini adalah satu langkah awal sebagai persediaan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR 2012 September nanti.Diharapkan dengan taklimat dan dialog antara keduanya akan dapat menghasilkan input yang berguna tanda sokongan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan yang penting ini.


                          
Barisan Guru dan PIBG

Ibu Bapa Murid Tahun Enam 2012

Pencapaian Keseluruhan UPSR tahun 2011 adalah 82.5 % dengan gred purata sekolah (GPS) meningkat kepada 1.85.Kedudukan ini melayakkan sekolah menduduki tangga ketiga terbaik dalam Daerah Sabak Bernam.



 


Wednesday, 1 February 2012

KEHEBATAN DUNIA

NEW ZEALAND: Penuh dengan haiwan ternakan
New Zealand sentiasa mempunyai lebih banyak biri-biri daripada manusia.Nisbahnya ialah 20 biri-biri bagi setiap orang.Sekarang mereka memiliki satu lagi kawasan ternakan yang mengatasi jumlah penduduknya
Ketika bilangan biri-biri makin menurun walaupun masih mengatasi jumlah manusia,rekod menunjukan negara itu mempunyai 5.8 juta ekor lembu tenusu pada tahun 2009.Ini menunjukkan hampir setiap penduduk negara itu yang berjumlah 4.3 juta memiliki seekor lembu.Ia hasil peninggkatan industri tenusu.

ANTWERP: Pusat Berlian Dunia
Dianggarkan 80 peratus berlian mentah dan 50 peratus berlian yang telah dipotong dikendalikan di Bandar Raya Antwerp,Belgium.Setiap tahun kira-kira 130,000 karat berlian atau 26,000 kilogram berlian di lombong di seluruh dunia dengan nilai keseluruhan AS$9 bilion. Kira-kira 49 peratus daripadanya datang dari negara-negara tengah dan selatan Afrika.

LONDON : Pusat Membeli-belah Dunia
London muncul sebagai pusat membeli-belah dunia dengan jualan tahunannya mencecah hampir RM400 bilion.Hasil jualan di Tokyo,London,New York dan Paris mewakili 52 peratus daripada jualan keseluruhan di 22 destinasi membeli popular dunia.London merupakan tumpuan peniaga utama dunia dengan 138 daripada 250 jenama terkemuka boleh didapati di lokasi membeli-belah kota raya ini.Penduduk London dikatakan sebagai pembeli terbesar dan berbelanja lebih untuk fesyen berbanding penduduk Paris dan New York.
Pusat Membeli-belah Harrold ,London
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...