welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Friday, 25 October 2013

MEMANCING DEPAN SEKOLAH

Sejak beberapa hari kebelakangan ini hujan sering turun dengan lebatnya menandakan musim tengkujuh telah tiba. Negeri di pantai timur dan utara Malaysia sudah mula banjir melanda. Namun di Selangor khususnya di Sabak Bernam hanya setakat hujan lebat dan air melipah melebihi biasa. Mungkin disebabkan itulah parit-parit di kampung termasuk parit di hadapan sekolah banyak terdapat ikan air tawar terutama tilapia dan puyu.

 Tilapia galak memakan umpan pancing Puan Zarina Sabran

 Puan Baidah Sabran sudah mahir memancing

 Dalam beberapa minit sahaja umpan sudah dimakan ikan

 Banyak juga hasilnya cuma saiz ikan tidak berapa besar.

 Fakhrul dan anak perempuannya menunjukan aksi memancing
Jika banyak boleh dijadikan ikan tilapia masin atau goreng begitu sahaja.


Wednesday, 16 October 2013

MAJLIS KURBAN 2013

Setelah dua tahun tidak mengadakan majlis kurban maka pada tahun ini atas inisiatif Kelab Guru dan Kakitangan majlis ini dapat dijalankan. Seekor lembu telah dikorbankan.Sebahagian daging diberikan kepada murid-murid miskin dan sebahagian lagi dimasak sup untuk jamuan semua murid dan warga SK Parit Baharu.















Pentadbir ikut turun padang


Kepimpinan melalui teladan
Murid tahun 6 juga turut membantu


Yang dalam plastik..otak lembu


Sedap makan sup dengan nasi


Seronok menceduk sup tulang dan daging


Syabas dan tahniah
Seronok lagi meriah. Mungkinkah majlis seperti ini akan diadakan lagi tahun hadapan .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...