welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 16 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan Parit Baharu berlangsung pada 16 November 2011.Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh wakil PPD Sabak Bernam yang menggantikan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakri Ahli Parlimen Sabak Bernam yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Backdrop Hari Kecemerlangan 2011
Rostrum Dari pandangan Hadapan

Rostrum Dari Pandangan Belakang

Dewan Yang Ceria
Bunga Keladi Di Penjuru Pentas
Kain Rentang Hari Kecemerlangan 2011

Perhiasan Dinding Dewan

Kaunter Pendaftaran Lelaki

Kaunter Pendaftaran Perempuan
Buku Program
Hadiah-hadiah Akademik
Sijil Pengawas,Pustakawan,Skuad Siber dan Hadiah Tokoh Pelajar
Menanti Ketibaan Tetamu
Ketibaan Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh
Tetamu dan Perasmi Tiba Di Dewan

Doa Pimpinan Ustaz Md Shuhor b. Marjono
Ucapan YDP PIBG: Encik Masruddin b. Haji Ahmad

Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh: Tuan Haji Mohd Fasiah b. Hj. Mohd Fakeh
Meja Pendaftaran Lelaki

Meja Pendaftaran Perempuan

Meja Juruacara

Persembahan Koir: Ibu

Barisan Graduasi Prasekolah

Sebahagian Ibu-ibu Yang Hadir

Sebahagian hadirin yang hadir awal

Pustakawan

Ketua Murid

Pengerusi Skuad Siber

Skuad Siber Yang Comel

Tokoh Kurikulum Bersama Ibu Bapanya

Tokoh Terbaik Keseluruhan Bersama Bondanya

Tokoh Terbaik Kokurikulum,Kurikulum dan Keseluruhan

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar.Terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana atas komitmen yang diberi.Kecemerlangan ini adalah untuk semua warga SK Parit Baharu yang terlibat secara langsung dan sebaliknya.




 



Monday 14 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN MAKMAL ICT DAN PSS

Buat kali pertamanya, Makmal ICT SK Parit Baharu mengadakan jamuan akhir tahunnya bersama Pusat Sumber Sekolah.Jamuan ini adalah penutup kepada jamuan-jamuan kelas yang diadakan setiap tahun oleh guru-guru yang berkaitan.Tarikh 14 November 2011 dipilih setelah berlaku beberapa penundaan akibat ramai guru-guru kelas berhajat mengadakan jamuan masing-masing. AJK Makmal ICT dan PSS serta pustakawan dan Skuad Siber memberikan sokongan padu bagi menjayakan majlis ini.Majlis ini diadakan di Dewan SK Parit Baharu.

Sentuhan Hajah Norizan dan Ustaz Rohzali

Makaroni Panggang
Mi dan Mihun Goreng

Laksa

Penyelaras PSS dan Juruteknik ICT

Skuad Siber
 
Pustakawan
 
Skuad Siber bersama Ketua Pustakawan

Encik Fakhrul Ariffin :Penyelaras PKG Sg Air Tawar Turut Hadir
Antara Tetamu Yang Hadir


Cikgu Ab Khalek Abbas (SK Teluk Ru) Turut Hadir
Terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang yang menyumbangkan juadah dan kewangan. InsyaAllah jika ada kelapangan dan kemampuan acara ini akan diadakan saban tahun.






 

Monday 31 October 2011

PERTANDINGAN MEMANCING IKAN

Pada 31 Oktober 2011 telah diadakan Pertandingan Memancing Ikan khusus bagi murid Tahun Enam.Ini sebagai galakan kepada murid sempena mengisi masa lapang setelah menghadapi peperiksaan UPSR yang lalu.Pertandingan ini diadakan di saliran utama berhadapan bangunan sekolah.Lihatlah gelagat pemancing muda ini.
Memasang Umpan Pada Joran
Umpan Cacing Dibawa Dari Rumah

Sabar Menunggu

Tidak Ketinggalan Tuan Haji Sulaiman Pun Turut Memancing


Memancing Di Bawah Teduhan Pohon Nangka
Setelah hampir satu jam hasil tangkapannya ialah dua ekor ikan keli seberat 400 gram setiap ekor.Walaupun tidak berbaloi dengan hasil tangkapan namun pengalaman memancing memberi kesedaran kepada murid bahawa kesabaran itu mengatasi segala-galanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...