welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 27 February 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Perlawanan persahabatan berlangsung di Padang SK Parit Baharu pada 27 Februari 2013
bermula jam 4.30 petang.

Pasukan SK Parit Baharu

Pasukan SK Seri Mawar

Regangan: SK Seri Mawar

Taklimat Jurulatih SK Parit Baharu: Cikgu Muhammad Zailani Somingan

Turut hadir, Guru Besar SK Seri Mawar:Tuan Haji Kamarozaki Abdul Malik

 Sebahagian besar penyokong SK Parit Baharu






SK Parit Baharu mendahului 3-0 di separuh masa pertama.Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada SK Parit Baharu dengan skor 5-1.Ini suatu pemulaan yang baik sebelum menjelangnya perlawanan sebenar di peringkat MSSD Sabak Bernam.Tuan rumah kali ini ialah SK Sungai Leman,Sekinchan.



Tuesday 26 February 2013

PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA SK PARIT BAHARU

Memandangkan kesibukan pada laluan utama memasuki kawasan sekolah maka jambatan kedua telah dibina.Jambatan ini khas untuk laluan pejalan kaki murid-murid dan ibu bapa yang ingin memasuki kawasan sekolah tanpa melalui pintu utama.Pembiayaan jambatan ini iuruskan oleh PIBG SK Parit Baharu dengan kos anggaran RM 3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu ).Mudah-mudahan dengan terbina jambatan yang indah ini akan memberikan kemudahan kepada semua pengguna yang terbabit.

 Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 26 Februari 2013

 Tapak Tangga

 Jambatan ini melintasi parit/saliran air konkrit 

 Mempunyai tangga
 Tiang Hiasan Jambatan
 Aksesori Binaan
 Rangka Jambatan dan Tangganya
 Kekisi Jambatan


 Tiang Hiasan Siap Dipasang

 Kelihatan cantik setelah dipasang kekisi




 Kini dicat warna putih

Semoga binaan ini dapat disiapkan sebagaimana dirancangkan dan besar kemungkinan menjadikan sekolah ini bertambah cantik.




Sunday 17 February 2013

JEMAAH NAZIR DAH TIBA

Seramai enam orang ahli Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Selangor yang berpusat di Bangunan PKNS Shah Alam telah tiba di sekolah ini untuk melakukan rutin pemantauan penuh 2013.Awal-awal lagi mereka telah tiba untuk melihat suasana perhimpunan pagi Isnin di sekolah ini.
 Encik Tan merakamkan suasana perhimpunan pagi
 Tuan Guru Besar menerangkan sesuatu kepada Jemaah Nazir

 Kelihatan mesra sekali
Membawa Bagasi Pemantauan
Encik Tan memerhati murid bermain catur ketika rehat
Puan Tham bersama murid-murid Tahun 6




 Puan Yuhana binti Yaacob
Nazir Kanan
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Selangor
 Rumusan Pemantauan

Wakil Jabatan Pelajaran Selangor dan  PPD Sabak Bernam turut hadir

Apapun SK Parit Baharu akan mempersembahkan yang terbaik untuk mereka.InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...