welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Friday 25 October 2013

MEMANCING DEPAN SEKOLAH

Sejak beberapa hari kebelakangan ini hujan sering turun dengan lebatnya menandakan musim tengkujuh telah tiba. Negeri di pantai timur dan utara Malaysia sudah mula banjir melanda. Namun di Selangor khususnya di Sabak Bernam hanya setakat hujan lebat dan air melipah melebihi biasa. Mungkin disebabkan itulah parit-parit di kampung termasuk parit di hadapan sekolah banyak terdapat ikan air tawar terutama tilapia dan puyu.

 Tilapia galak memakan umpan pancing Puan Zarina Sabran

 Puan Baidah Sabran sudah mahir memancing

 Dalam beberapa minit sahaja umpan sudah dimakan ikan

 Banyak juga hasilnya cuma saiz ikan tidak berapa besar.

 Fakhrul dan anak perempuannya menunjukan aksi memancing
Jika banyak boleh dijadikan ikan tilapia masin atau goreng begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...