welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Tuesday 20 September 2011

PROJEK MAKMAL ICT

Sepanjang tahun 2011,Makmal ICT telah menjalankan beberapa projek yang relevan dengannya.Antaranya ialah mengadakan sudut pameran ICT,pameran nostalgia dan penghasilan kerja murid dan guru dalam bentuk CD.Lain-lain projek ialah taman ICT yang bermula awal Ogos lalu.


Setelah dirungkai,sebahagian besar komponen komputer dipamerkan dan dilabelkan di sni.
Masih boleh digunakan walaupun telah dirungkai dari kedudukan asalnya.

 Komputer terawal pernah digunakan di daerah Sabak Bernam,ihsan dari SK Seri Mawar.Komputer ini pernah digunakan seawal tahun 1985.

Printer Komputer lama

Mesin taip pejabat sudah tidak digunakan lagi setelah wujudnya komputer

Mesin taip peribadi kini hanya tinggal kenangan.Sebelum millenium mesin taip ini digunakan oleh guru-guru untuk membuat surat menyurat,lembaran kerja,soalan peperiksaan,buku program dan lain-lain.
Jasamu tetap dikenang.
Hasilan murid dan guru turut dipamerkan.
Fail-fail dan dokumen dikemaskini sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Taman ICT...induknya tumbuhan herba
Koleksi Orkid
Taman ICT ini adalah projek sampingan yang mula dilaksanakan awal Ogos 2011.Kini proses menanam bunga pelbagai hibrid.Maklumat untuk label diperolehi dari internet.

Baru tanam dah berbunga
Mengecat batu terpakai dengan bantuan murid 5 Cemerlang

 





Monday 12 September 2011

GAMBAR GURU-GURU 2011


Setahun sekali guru-guru SK Parit Baharu bergambar berama-ramai.Itu pun tak lengkap semua.Tiada dalam gambar Encik Muhammad Zailani Somingan,Encik Mohamad Saari Mohamad Saad dan Puan Norsabariah Masduki
Duduk dari kiri: Tuan Haji Sulaiman,Encik Abidin,Tuan Haji Dolhadi,Encik Mohd Atori,Encik Baharuddin Ibrahim,Encik Mohd Yasin,Tuan haji Mohammad Shafii dan Encik Mohamad Paudzi.
Berdiri barisan tengah dari kiri: Puan Siti Zubaidah,Puan Siti Salwa,Puan Hajah Baidah,Puan Zurina,Puan Norani,Puan Hajah Hasnah,Puan Norhuda,Puan Norlina,Puan Norhayati,Puan Hajah Norizan dan Puan Sharida.
Berdiri barisan belakang dari kiri:Encik Zolkafli,Encik Shahrol Hair,Encik Ahmad Senin,Encik Rohzali,Encik Md Shuhor,Encik Mohd Taufiq,Encik Fezli dan Encik Khaizatul Hisyam.

Barisan guru-guru lelaki
Barisan Guru-guru Perempuan
Jurufoto kami: Cik Siti Norlela binti Tasuki @ Dasuki

AIDILFITRI 1432 HIJRIAH

Majlis Sambutan Aidilfitri 1432 Hijriah telah diadakan pada 9 September 2011.Sambutan sederhana tetapi meriah.Murid-murid membawa kuih-muih di samping lontong dan sambal kacang disediakan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu.Tidak lupa juga majlis meraikan pertukaran guru: Encik Ab Khalek bin Mohammad Abbas ke SK Teluk Ru.

Murid-murid berpakaian hari raya nampak berseri-seri.

Sebahagian muird Tahap Satu mengunggu untu makan juadah bersama-sama.

Duduk di mana sahaja asalkan dapat makan secara bersopan.
Guru-guru dan kakitangan menyediakan lontong bersambal kacang untuk murid-murid.
Menu yang senonim dengan hari raya.
Sambal kacang seperiuk.
Cenderahati Kelab Guru/kakitangan buat Encik Ab Khalek.

Merpati sedondon nan romantik
Encik Ahmad Sibawih antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir(pengawas UPSR 2011)

Sebahagian guru lelaki
Sebahagian guru/kakitangan wanita.

Setelah sebulan berpuasa,kini tiba masa menjamu selera.....tapi
ingat pada yang tiada....hidup kita hanya sementara.



SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2011

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, telah mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan sambutan hari kemerdekaan pada 15 Sptember 2011 secara serentak.Walaupun demikian sekolah telah membuat keputusan bahawa sambutan tersebut terpaksa diawalkan pada 9 September 2011 kerana UPSR masih berlangsung pada 15 September 2011.Acara yang menarik diadakan pada sambutan tersebut adalah peraduan melaungkan kemerdekaan sebanyak tiga kali.Setiap kelas diwakili seorang murid.




Sebahagian peserta-peserta yang hebat.
Kemerdekaan untuk dihayati.
Murid-murid lelaki menyaksikan persembahan
Sebahagian murid murid perempuan
Gelagat murid tahap satu
Tak tahan..lama sangat duduk bersila.

Pertandingan mewarna bagi murid Tahap Satu dan Dua juga telah diadakan.Pertandingan ini masih mengekalkan tema "1 Malaysia".

Kelas yang ceria juga dihakimi.




Makmal ICT juga tidak ketinggalan dengan menghias
 bahagian luar bangunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...