welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday, 5 October 2011

PASCA UPSR 2011

UPSR telah berakhir,kini murid-murid tahun mengisi masa lapangnya dengan pelbagai aktiviti yang mendatangkan faedah.Mengikut keputusan mesyuarat guru-guru tahun enam yang berlangsung pada 3 Oktober 2011,telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti bermula 4 Oktober 2011.Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah gotong royong menceriakan sekolah,lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang,lawatan ke Balai Bomba Sungai Besar,penyertaan dalam Minggu ICTdan banyak lagi.
Guru tahun enam yang hadir mesyuarat
Kaunselor juga turut hadir
Aktiviti  mengecat pasu bunga
Guru kelas memantau aktiviti
Sebahagian murid lelaki mengemas dan menceriakan surau.
Program ini diketuai oleh Ustaz Rohzali Paduli.


Mengecat Lanskap Taman ICT
Tekun Mengecat Serpihan Genting



Monday, 3 October 2011

TAMAN ICT SK PARIT BAHARU

Bermula bulan September 2011 Makmal ICT SKPB berinisiatif mewujudkan Taman ICTnya yang berkonsepkan tumbuhan herba,orkid dan koleksi bunga raya.Maklumat mengenai tumbuhan yang ditanam di sini diperolehi dari sumber internet.Projek ini dibantu murid-murid sekolah pada waktu Pendidikan Seni dan waktu-waktu lapang murid ketika ketiadaan guru.Usaha ini nampaknya berbaloi dan lihatlah hasilnya walaupun langkah ini adalah permulaan.

Teliti ketika mengecat

Murid perempuan ditugaskan merumput
Semua murid main peranan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...