welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Thursday, 9 May 2013

GURU INOVATIF NEGERI SELANGOR 2013

Tahniah kepada cikgu Muhammad Zailani bin Somingan kerana terpilih sebagai Guru Inovatif Negeri Selangor 2013. Atas daya usaha beliau selama ini dalam pendidikan sangat-sangat dihargai dan usaha ini berbaloi dengan pengiktirafan yang diberikan .Inovasi beliau bertajuk LAMSAM


 Ketika dinilai oleh pegawai penilai

Cikgu Muhammad Zailani (dua dari kanan) bersama tiga orang pegawai penilai.

 Cikgu Muhammad Zailani bin Somingan menerima Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di Dewan D MAEPS Serdang.

Tahniah dan syabas.Teruskan berinovatif sepanjang hayat.




Tuesday, 9 April 2013

HAMPIR KE FINAL

Setelah tiga bulan berlatih, pasukan Warrior Kids sekolah ini mula bertarung di persada bola sepak MSSD  yang berlangsung pada 3-5 April yang lalu di SK Sungai Leman, Sekinchan. Dengan penuh kemahiran, pasukan ini dapat merentasi rintangan hinggalah mencapai  ke tahap juara kumpulan C. Pada tahun ini 24 buah sekolah memasuki pertandingan.
Pasukan Warrior Kids SK Parit Baharu
Menjuarai Kumpulan C
Seterusnya pasukan ini layak ke peringkat suku dan separuh akhir.

Kini mara ke separuh akhir

Malang menimpa apabila ditewaskan oleh pasukan SK Sungai Nibung dengan agregat 4-1.
Pasukan Warrior Kids diisytiharkan berada di tempat ketiga bersama SK Sapintas.

Hadiah disampaikan oleh Encik Mokhtar bin Mahmud pegawa JPN bahagian Sukan Berprestasi Tinggi

Ini adalah peningkatan yang sungguh baik bagi arena bola sepak di sekolah ini.Terima kasih buat jurulatihnya cikgu Muhammad Zailani bin Somingan yang tidak pernah mengenal erti jemu demi menaikkan nama sekolah ini .Begitu juga tidak dilupakan akan kegigihan para pemain yang bertungkus lumus mengasak dan mengawal permainan di sepanjang perlawanan. Pasukan yang menjuarai kejohanan kali ini adalah SK Sungai Leman yang menewaskan pasukan SK Sungai Nibong 6 berbalas 0. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...