welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Monday 17 October 2011

PEMANTAUAN MAKMAL ICT 2011

Dua orang pemantau PPD Sabak Bernam  : Puan Saridah binti Hussein dan Puan Rozana Diana binti Ahmad Rusli hadir ke Makmal ICT SK Parit Baharu bagi membuat Penilaian Makmal ICT Daerah Sabak Bernam sesi 2011. Kehadiran mereka amat dialu-alukan setelah beberapa kali tarikh pemantauan ditunda.Tujuan pemantauan adalah untuk memilih Makmal ICT Terbaik untuk dinobatkan di Majis Anugerah Kualiti PPD Sabak Bernam yang akan berlangsung di akhir tahun ini.
Puan Saridah binti Hussein menandatangani buku pelawat
Puan Rozana Diana binti Ahmad Rusli menandatangani buku pelawat
Melawat ke Sudut Bahan Penghasilan ICT

Menyemak Fail dan Dokumen
Ditemani Cikgu Muhammad Zailani Somingan

Tertarik dengan Sudut Nostalgia

Pelik tapi benar
Memantau Ruang Santai Berinformasi

Ke Taman ICT

Harapan Makmal ICT SK Parit Baharu menggunung tinggi agar dapat mengulangi sejarah tahun 2007.Pada tahun 2007 makmal ini telah dianugerahi Makmal Mahkota Daerah Sabak Bernam.Jika berjaya nescaya tersenyum lebarlah Guru Besar kami.Terima kasih kepada para pemantau kerana sudi menziarahi makmal kami yang tak seberapa ini.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...