welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 4 April 2012

MENOREH GETAH DI KAWASAN SEKOLAH

Mungkih aneh tetapi benar.Terdapat sepohon getah di kawasan sekolah kami yang kini menjangkau usia lebih sepuluh tahun.Species getah atau nama saintifiknya heavea brazilliansis telah menjadi penyeri taman kami.Kini ianya sudah boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Pokok getah ini hasil tanaman Tuan Haji Sulaiman bin Sukar yang berasal dari Jeram iaitu suatu kawasan yang sinonim dengan penanaman getah.Kini dalam pelajaran Kajian Tempatan kami sudah boleh melakukan pembelajaran realiti di kawasan sekolah sendiri.

Tuan Haji Sulaiman menunjukkan kaedah menoreh getah kepada murid-murid tahun 6 Cemerlang

Teacher Nor Huda menunjukkan peralatan menoreh getah .Peralatan ini sumbangan 
Encik Abdul Rahman (dari Pekan Pahang) yang diusahakan oleh Teacher Nor Huda sendiri.
Teacher Nor Huda memang mahir menoreh getah dek pengalaman semasa kecilnya membantu ibu bapanya menoreh.

Susu getah mulai menitik




Jika ada sekolah lain yang ingin melawat pokok getah kami,kami amat mengalu-alukannya kerana zon Sungai Air Tawar bukanlah kawasan yang sinonim dengan penanaman getah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...