welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Saturday 5 May 2012

MAJLIS JAMUAN SILATUL RAHIM 2012

Tarikh 5 Mei 2012 telah dipilih oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu untuk mengadakan Majlis Jamuan Silatul Rahim. Selain dari hidangan jamuan dan BBQ majlis juga menyampaikan sumbangan kelab kepada ahli yang perpindah sekolah: Puan Norhayati Samausi ,ahli yang kematian ibu bapa: Encik Yahya bin Tahrib dan Puan Norashimah binti Idris,ahli yang mendapat cahaya mata: Encik Mohd  Fezli bin Abu Bakar dan Encik Badrul Hisham bin Jamian serta ahli yang masuk wad: Encik Mohd Taufiq bin Amir.Majlis diserikan dengan upacara memotong kek.

 BBQ Udang

 Bersila pilihan kami
 Ucapan Pengerusi Kelab Guru
 Ucapan Puan Norhayati
 Upacara Potong Kek
 Ucapan Penasihat
Cenceramata Untuk Cahaya Mata Mohd Fezli Abu Bakar

Apapun semua ahli-ahli kelihatan mesra bersama ahli keluarga yang lain tanda silatul rahim antara mereka mulai terpupuk.Tahniah kepada penganjur: Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu kerana berjaya menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...