welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Thursday 14 February 2013

PERSIAPAN MENYAMBUT NAZIR PERSEKUTUAN 2013

Deligasi Jemaah Nazir Persekutuan akan hadir ke sekolah ini pada 18 hingga 22 Februari 2013.Pelbagai persiapan dilakukan di kalangan staf SK Parit Baharu.Antaranya adalah menyediakan meja-meja untuk meletakkan fail-fail pentadbiran dan panitia.Sesungguhnya persiapan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai memenuhi aktiviti sekolah dalam proses mengemaskini semua fail yang terlibat.Selain dari itu kami juga ingin memberikan keselesaan kepada deligasi yang hadir.

Meja kantin lama diubahsuai (meja ini telah dilupuskan)
Dipasang sesiku supaya tidak goyang.Lihat nombor koding.Meja lama keluaran 1988.

Dibalut dengan tikar getah

Kini masa untuk skirting
Sudah pun siap meja nan ceria yang berasal dari bahan pelupusan

Masa untuk menyusun fail...fail panitia
.Oleh itu jangan persiakan bahan-bahan yang telah dilupuskan.Anda mungkin boleh menjadikannya perabot yang indah setelah dihias dan tidak perlu membeli yang baru.

Adakah Jemaah Nazir Persekutuan nanti mengetahui asal usul meja fail ini? Kita tunggu jawapannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...