welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Saturday 9 March 2013

PROJEK YANG TERBENGKALAI

 Pada bulan Jun 2012 yang lalu, makmal ini berhajat untuk meletakkan papan tanda yang besar menggunakan bahan terbuang iaitu tiangnya dari tiang rumah lama (terpakai ) yang mempunyai nilai sejarah.Tiang ini dihadiahkan oleh Puan Hajah Fatimah Zaharah binti Mohd Subari kepada sekolah pada tahun 2006 yang diambil dari tapak rumah ayahandanya.
        Projek ini telah terbengkalai lebih dari enam bulan lamanya.Pada 22 - 26 Februari yang lalu Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Selangor yang berpusat di Shah Alam Selangor telah membuat teguran mengenai fungsi dua batang tiang yang terpacak di hadapan bangunan makmal kami.Beginilah rupanya tiang tersebut.

Masih belum berlabel

Kini atas dasar yang positif kami menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Lihatlah perkembangan seterusnya.
Papan berlabel telah siap (tersandar di dinding makmal) menunggu untuk dipasang
Pada 9 Mac 2013 jam 11.30 pagi label ini mula dipasang.Ini masih diperingkat 80% siap.Papan tanda tersebut diperbuat dari kayu meranti dan tulisannya menggunakan kepingan aluminium yang dipotong menggunakan gunting.Sungguh mudah, kalau hendak seribu daya.
 Ditambah papan putih sebagai penyeri dan tiangnya dicat hitam.Hitam itu menawan.
 Disertakan alamat laman blog
 Dua pohon paku langsuyar sebagai aksesori
Kini bolehlah bergaya sakan setelah 100% siap. Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...