welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 1 February 2012

KEHEBATAN DUNIA

NEW ZEALAND: Penuh dengan haiwan ternakan
New Zealand sentiasa mempunyai lebih banyak biri-biri daripada manusia.Nisbahnya ialah 20 biri-biri bagi setiap orang.Sekarang mereka memiliki satu lagi kawasan ternakan yang mengatasi jumlah penduduknya
Ketika bilangan biri-biri makin menurun walaupun masih mengatasi jumlah manusia,rekod menunjukan negara itu mempunyai 5.8 juta ekor lembu tenusu pada tahun 2009.Ini menunjukkan hampir setiap penduduk negara itu yang berjumlah 4.3 juta memiliki seekor lembu.Ia hasil peninggkatan industri tenusu.

ANTWERP: Pusat Berlian Dunia
Dianggarkan 80 peratus berlian mentah dan 50 peratus berlian yang telah dipotong dikendalikan di Bandar Raya Antwerp,Belgium.Setiap tahun kira-kira 130,000 karat berlian atau 26,000 kilogram berlian di lombong di seluruh dunia dengan nilai keseluruhan AS$9 bilion. Kira-kira 49 peratus daripadanya datang dari negara-negara tengah dan selatan Afrika.

LONDON : Pusat Membeli-belah Dunia
London muncul sebagai pusat membeli-belah dunia dengan jualan tahunannya mencecah hampir RM400 bilion.Hasil jualan di Tokyo,London,New York dan Paris mewakili 52 peratus daripada jualan keseluruhan di 22 destinasi membeli popular dunia.London merupakan tumpuan peniaga utama dunia dengan 138 daripada 250 jenama terkemuka boleh didapati di lokasi membeli-belah kota raya ini.Penduduk London dikatakan sebagai pembeli terbesar dan berbelanja lebih untuk fesyen berbanding penduduk Paris dan New York.
Pusat Membeli-belah Harrold ,London

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...