welcome

~:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Laman Blog Makmal ICT SK Parit Baharu, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan ::~

Wednesday 15 February 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Bertempat di Padang SK Sungai Tengar,telah diadakan perlawanan bola sepak antara SK Sungai Tengar dengan SK Parit Baharu pada 15 Februari 2012.Perlawanan bermula jam 4.00 petang .Di separuh masa perlawanan , SK Parit Baharu telah mendahului dengan 3 gol berbalas 1.Di separuh masa kedua pula SK Parit Baharu telah menambah 3 gol lagi.Syabas dan tahniah Team SK Parit Baharu menewaskan Team SK Sungai Tengar 6-1.
Team SK Sungai Tengar berjersey kuning
sementara Team SK Parit Baharu berjersey jingga

Team SK Parit Baharu bersama jurulatih: En.Muhammad Zailani Somingan
serta beberapa orang guru pengiring

Team SK Sungai Tengar bersama guru-guru dan jurulatihnya.
Rehat separuh masa pertama
Mohamed Abdullah (tengah)antara pemain harapan

Encik Adnan (ayah Mohamed Abdullah) bersama isteri (keturunan Guenea,Africa)
 turut hadir memberi sokongan moral

Satu permulaan yang baik sebelum ke perlawanan yang sebenar yang dijangka bermula April ini.Jika tidak salah maklumat,tuan rumah bola sepak tahun ini adalah SK Sungai Nibung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...